Pusat
Sukan yang dilengkapi dengan kemudahan gimnasium merupakan pusat yang
menyelaras program sukan bagi seluruh warga universiti. Ia turut
menyediakan khidmat jurulatih untuk membantu perkembangan sukan dalam
kalangan mahasiswa. Program sukan yang diwujudkan oleh pusat sukan ini
tidak hanya bertujuan untuk mengasah bakat sukan bagi mewakili
universiti dalam pertandingan pada peringkat negara dan antarabangsa,
malahan dapat membina kemantapan serta semangat yakin diri mahasiswa
dalam menempuh cabaran. Aktiviti sukan juga berjaya merapatkan hubungan
seluruh warga universiti dengan masyarakat di luar universiti bagi
memperkayakan nilai diri dan pengalaman kehidupan mahasiswa.
Senarai Kelab Sukan Pelajar yang bernaung dibawah pengurusan Pusat Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
- KELAB BOLA SEPAK
- KELAB BOLA JARING
- KELAB RAGBI
- KELAB SEPAK TAKRAW
- KELAB BOLA TAMPAR
- KELAB BADMINTON
- KELAB PING PONG
- KELAB TENIS
- KELAB HOKI
- KELAB OLAHRAGA
- KELAB KAYAK
- KELAB BOLA BALING
- KELAB CATUR
- KELAB TENPIN BOLING
- KELAB MEMANAH
- KELAB SOFBALL
- KELAB SUKAN LASAK
- KELAB BOLA KERANJANG
- KELAB SQUASY
- KELAB PENCAK SILAT
- KELAB FUTSAL
- KELAB PETANQUE